Ika
Zatil
Mira
Mas
Irkham
Nana
Anak Ayam
di suatu pagi yang hening, di dalam sebuah rumah, hanya ada aku dan mak. adik-ii ku yang lain semuanya ke sekolah memandangkan hari itu hari persekolahan. tiba-tiba, abah ku masuk ke dalam rumah sambil membawa bekas yang berisi dengan 2 ekor anak ayam yang comel dan beberapa biji telur yang belum menetas. hanya ada satu telur ayam yang sudah retak dan hanya tunggu masa untuk ayam itu keluar. kebetulan, abah ku juga tidak bekerja hari itu.
abah kata ayam tu di tinggalkan oleh ibu ayam tersebut di surau. ayam-ii itu kelihatan kesejukan. oleh sebab itu abah membawa pulang ayam-ii tersebut. lantas abah menghangatkan badan ayam-ii tersebut menggunakan pengering rambut. kalaulah ayam itu boleh bercakap, mungkin ayam-ii itu akan cakap, "aahh, bestnya".. hehe! selepas itu, abah letak ayam-ii tersebut di dalam bekas dan letak diluar. abah membelanya untuk beberapa hari.
keesokan hari, selepas aku pulang dari QTI kereta, aku melihat seketika ayam-ii tersebut. telur yang sudah retak itu kelihatan seekor anak ayam yang sedang bergerak-gerak hendak keluar. aku geli hati melihat kerenahnya. setelah menjejakkan kaki ke dalam rumah, abah telefon suruh tutup lampu belajar atau aku panggil lampu itik yang di letakkan di "rumah" ayam itu sebagai pemanas. apabila aku tutup suisnya, lantas aku keluar untuk melihat ayam-ii tersebut. malangnya, seekor anak ayam telah pun mati. aku tidak perasaan hal itu semasa kali pertama aku tengok. ayam yang di dalam telur yang retak juga sudah tidak bergerak-gerak. aku rasa agak sedih melihat keaadaan itu.
maka dengan itu, hanya tinggal seekor anak ayam yang tinggal. abah menjaga anak ayam itu dengan baik. di berikan "rumah", dedak, air, pemanas serta kasih sayang. ceewahh.. anak ayam itu sering membuat bising namun tidaklah mengganggu kami sekeluarga. malah kami gembira melihat telatah anak ayam yang kecil itu.
hari ini, anak ayam itu tidak lagi bising-ii seperti biasa. adik-ii aku menyangka bahawa anak ayam tersebut sedang terlena di buai mimpi. agak hairan sebab biasanya anak ayam itu akan "memekak". tiba-ii, abah kata anak ayam itu telah pun menemui penciptanya.
sedih! kami semua rasa agak sedih dengan pemergian anak ayam tersebut. meskipun kami hanya membela anak ayam itu untuk beberapa hari, banyak kenangan manis. seronok tengok anak ayam itu bising, berjalan. dan aku pasti orang yang paling sedih ialah ika, adik bongsu ku. ini disebabkan, dia selalu asyik nak tengok ayam, tak kira masa, kejap-ii ayam, balik sekolah tengok ayam. duduk dalam rumah pun nak tengok ayam lagi. aku tahu ika telah mengalirkan air matanya kerana anak ayam yang comel itu.
baru sahaja abah membersihkan "rumah"nya. menggantikan surat khabar yang lebih bersih dari sebelum ini. baru sahaja aku melihat ayam itu berlari-lari dekat anjung tatkala menunggu "rumah"nya dibersihkan. tak sangka, itulah kali terakhir kami melihat telatah anak ayam tersebut.
semoga anak ayam itu gembira ketika tinggal bersama kami. selepas ini, sudah tiada bunyi anak ayam yang menemani tatkali pagi menjelma.
TIDAK SEMPAT HENDAK MENGGAMBIL GAMBAR ANAK AYAM TERSEBUT. :( PAST • FUTURE
|
The #star# moon owner ><
Hai! Assalamualaikum. feel free to comment anything but please, mind your words.. DILARANG MENCARUT ok? Terima Kasih kerana berkunjung ke sini. Daaaa.... =)
Change it Mood : I'm Happy =)
Status : single.. I Love Friends! HAHAH! ..
TALKIE TALKING
" Just Me and You "
FOLLOWERS
Follow Home
BLOG ARCHIVE;
Jom Heboh 2012
Bilik Baru
Masa Depan
kelas kedua
Keajaiban..
Apa Sudah Berlaku?
stress vs tension =)
berjalan-jalan lagi
menyelam sambil minum air
kawan :)
|