| Gula - Gula Kapas |
wanita cantik
Tuesday, April 3, 2012 • 5:38 PM • 0 comments


pagi-pagi macam ni agak bosan juga. so aku skodeng-ii blog dan terjumpa post CIRI-ii WANITA CANTIK.
jap-ii aku copy ea..

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

bestnya kalau aku boleh jadi macam yang kat atas ni. bukan mudah dan bukan susah sangat.. so, aku nak cuba la jadi macam yang dekat atas ni. hehe! doakan aku.
actually, aku takut la pula nak sambung belajar. aku takut sangat kalau aku terjebak dengan gejala sosial ke, atau apa-ii gejala negatif. ye lah, kita tak tahu apa yang akan terjadi masa akan datang. aku harap-ii kawan-ii aku sentiasa "jaga" aku lepas dah sambung belajar. maksud aku, sentiasa ingatkan aku, kalau aku dah terpesong ke.. haha! tolong ye kawan-ii!

HARAP-II DAPAT SAMBUNG DALAM BIDANG YANG SESUAI DAN YANG AKU MINAT. :)




PASTFUTURE
The #star# moon owner ><
Hai! Assalamualaikum. feel free to comment anything but please, mind your words.. DILARANG MENCARUT ok? Terima Kasih kerana berkunjung ke sini. Daaaa.... =)
Change it Mood : I'm Happy =)
Status : single.. I Love Friends! HAHAH! ..


TALKIE TALKING

" Just Me and You "


FOLLOWERS


BLOG ARCHIVE;

  • Barangan Garnier Untuk Direbut
  • Syukran
  • Tension
  • keputusan spm
  • JPJ Test
  • result SPM
  • Anak Ayam
  • Jom Heboh 2012
  • Bilik Baru
  • Masa Depan