| Gula - Gula Kapas |
Monday, November 5, 2012 • 12:59 AM • 0 comments

assalamualaikum awak. hurm.. sebenarnya saya sendiri tak tahu siapa bakal suami saya. tujuan saya menulis nota ini ialah untuk membuat peringatan kepada awak. hehe! mungkin awak ialah orang yang telah lama berkawan dengan saya. atau mungkin baru sahaja berkenalan. hurm.. jodoh.. hanya tuhan je yang tahu awak.  :)

apa-apa pun awak, saya harap, bila saya sah bergelar isteri awak, saat awak menuturkan "aku terima nikahnya.." saat tu mungkin air mata saya akan mengalir. bukan kerana sedih, tapi mestilah kerana bahagia. bahagia kerana awak telah sah menjadi yang halal buat saya. saya berharap, awak tahu tanggungjawab awak telah bertambah. saya berharap, awak akan menjaga dan membelai saya dengan penuh kasih sayang, mendidik anak-anak kita dengan ajaran yang benar, menghormati kedua ibu bapa kita dengan sepatotnya. dan yang paling penting, agama awak. saya harap awak jangan lah tinggal solat. dan kalau boleh solatlah di awal waktu. bukankah lebih baik. dengan itu, awak akan menjadi contoh kepada anak-ii kita nanti. 

awak, saya nak awak jujur dalam rumah tangga kita. saya tak nak awak sesekali berbohong. please.. saya sangat bencikan orang yang berbohong ni and yang merokok. so, beware! jikalau lah suatu hari nanti awak tiba-tiba suka perempuan lain, jujur dengan saya. mungkin saat tu saya akan baling pinggan mangkuk berharga saya. semua buah silat yang saya pelajari mungkin terkeluar saat tuh. tapi saya nak awak tahu saya begitu kerana saya sayang kan awak. saya tak nak kehilangan awak. saya tak nak berkongsi dengan sesiapa. ye! saya memang kedekut. so what?! jangan harap saya akan mengizinkan awak kawin lagi. tapi saya tahu, saya tiada kuasa nak menghalang kerana walaupun saya tidak mengizinkan, awak tetap boleh menikah lagi. tapi saya berharap sangat awak faham perasaan saya waktu itu. :')

awak, apabila saya sudah menjadi isteri awak, bermakna, segala-ii nya kita akan berkongsi kan awak? so, saya harap, kalau awak ada masalah cerita dengan saya. insyaallah saya akan tolong. kalau awak gembira, saya gembira. kalau awak sedih, saya pun sedih awak. dan awak, dalam proses membina masjid, pasti ada turun naiknya. saya harap, jika kita bergaduh, saya harap sangat yang awak akan bersabar dengan perangai budak-ii saya ni. saya ni kuat merajuk tau awak. saya harap, bila saya merajuk, saya nak awak pujok saya. >< . ye, saya tau, saya boleh je baik sendiri, tapi kan saya nak juga sesekali awak yang pujok. asyik saya je mengalah. bosan~ 

tapi, sebelum saya sah bergelar isteri awak, saya berharap awak ada kerja yang tetap. gaji tetap. tempat tinggal. senang cerita, wang ringgit mesti ada. bukan sebab saya mata duitan. tapi, cuba awak fikir, kalau kita ada anak, kita perlukan duit untuk hantar mereka ke sekolah. kita perlu sediakan makan minum mereka, pakaian, tempat tinggal. kan? dan zaman sekarang pun semua barang dah mahal, so, awak perlu bekerja keras untuk mencari duit yer. =D tapi awak jangan risau, saya juga akan membantu awak. insyaallah dengan wang gaji saya, cukup untuk kita hidup bersama. ye, asalkan kita bersama, pasti bahagia. tetapi, itupun kalau awak mengizinkan saya kerja. XD

dan yang terakhir awak, mungkin saya bukan cinta pertama awak, tapi saya berharap saya lah cinta terakhir awak. dan saya juga nak awak tahu, insyaallah awak lah cinta pertama dan terakhir saya. =D 

Yang benar,
Bakal isterimu. <3


*LELAKI DI LUAR SANA, JANGAN PERNAH MEMPERMAINKAN HATI PEREMPUAN. LAYAN MEREKA SEELOKNYA. JANGAN BERI HARAPAN KEPADA MEREKA SEKIRANYA TIADA NIAT UNTUK MENIKAHI MEREKA. HATI PEREMPUAN NI LEMBUT. MUDAH TERUSIK. SO, PLEASE,, HORMAT KAMI. :D

GELIKAN?? HAHA! AKU BUAT PUN AKU GELI. TAPI GELI-II PUN SERIUS OKAY! 


PASTFUTURE
The #star# moon owner ><
Hai! Assalamualaikum. feel free to comment anything but please, mind your words.. DILARANG MENCARUT ok? Terima Kasih kerana berkunjung ke sini. Daaaa.... =)
Change it Mood : I'm Happy =)
Status : single.. I Love Friends! HAHAH! ..


TALKIE TALKING

" Just Me and You "


FOLLOWERS


BLOG ARCHIVE;

  • Hari-Hari Di Rumah
  • Detik Perpisahan
  • Last peyperrr..
  • Baling selipar
  • wohaa! study!!
  • STUDY WEEK aka CUTI !!
  • Nothing lah~
  • Coolblog!
  • Hari Raya bersama ex classmate. :)
  • selamat berbuka puasa!