| Gula - Gula Kapas |
KAWAN BARU =D
Saturday, June 30, 2012 • 7:53 AM • 0 comments


 

kawan?? haha! seperti yang kalian tahu, aku memang lah tak ramah macam si amal yang tertera "sila tegur saya" di dahi dia. waaaa... so, nak kata aku ada ramai kawan tu, ntah r. biasa je la kot. kawan mungkin ramai cuma rapat atau tidak saje.. ye la, hari ni aku tanya nama dia siapa, esok aku dah lupa sebab ramai lah orang kat sini. budak budak kelas punya nama tak hafal lagi. haha! tak pe, 3 tahun aku kat sini. ada masa untuk aku hafal. heee~
NOR SYAZMEERA YAHYA. syaz. satu satunya nama kawan aku yang aku ingat nama penuh. heee~ dan dia lah yang free hair tu. and aku dengan baik hati kononnya, cuba ajak dia pakai tudung. wahahha! rasa bertanggungjawab kot. huh! dia ni amek dip sains. dan dia ni orangnya berani, ramah juga. suka tegur orang yang dia kenal. contoh kalau berselisih je cakap "hai kak mimi" "hai abang arul" hai hai hai, haha! semua yang dia kena dia tegur. dan sanggup panggil nama orang tu just untuk say hai walaupun orang tu dah pergi. btw, sekarang dia sudah pun pakai tudung. Alhamdullilah.. 
YUSLEENA. yus. satu bilik sama aku. amek dip. perladangan. kesian tengok. hari jumaat kene bangun awal pergi bercucuk tanam. kadang kadang sambung petang. haha! dia ni, kalau marah suka cakap nak baling barang. contoh, "aku baling phone ni" "aku baling biskut ni" haha! sume nak baling lah.dan lagi satu yang best pasal dia. pandangan mata dia. memang tajam kalau marah #kononnya#. dia ni tak suka orang panggil dia lin. haha! only dia punya family sahaja lah katanya. tapi kami ni degil. suka sakat dia panggil "linnn" "alinnn" nanti dia bagi pandangan tajam tu pada kitaorang. ><

NAJATUL. najah. roomate syaz. rapat dengan yus. dip. tekstil, dia ni lah yang paling rileks rasanya antara kitaorang. haha! kelas selalunya start pukol 10. huh! aku 8 pagi tau. dia sempat lagi tidur. rileks rileks. dan dia ni lah paling banyak menyumbangkan barang barang keperluan seperti, mop, penyapu, pembersih tandas dan lain lain. haha! terima kasih najah!

SAODAH. odah. dip. perladangan. PKG lagi tuh. #jawatan dalam perladangan. agak tinggi juga lah# minah yang kecoh. peramah. dengan siapapun dia boleh tegur. boleh kawan. boleh jalan. agak popular juga lah sebab dia peramah kan. nampak tomboy tapi sebenarnya dia ni lembut. baik. tak pernah marah. serius ni. dia nampak memang ganas tapi hati lembut seyh. suka buat aktiviti lasak juga minah ni. haha!

ZATIL ATHIRAH. zatil. ni kawan aku dalam kelas. selalu jalan sama sama bila nak gerak pergi kelas. lepas tu dia ni kadang kadang ceria sangat. kadang kadang senyap je. adoii yai. actually aku tak dapat nak gurau gurau sangat lagi dengan dia sebab dia ni macam kawal lah. contoh nya dia bahasa kan diri sebagai zatil. adoii.. aku cuba guna "aku" kadang kadang "su". alahai. pelik plak bahasa kan diri su. hurm..

ATIKAH. ika. dia ni juga kawan dalam kelas. pergi kelas sama sama. pandai. kalau aku tak faham biasanya tanya zatil atau dia. dan nama atikah ni banyak dalam kelas aku. so nak panggil senang ika sahaja supaya tak keliru. dia ni lembut je orang nya. tapi dalam lembut pun garang tau! haha! kalau bercakap macam ada lenggok.. ahhaha!

FAHMI. fahmi. antara budak lelaki yang boleh dikatakan paling rapat dengan aku kalau nak dibandingkan dengan budak lelaki lain. haha! amek dip. perladangan sama macam yus. mamat ni lah mamat paling perasan. suka sangat puji diri sendiri. hensem lah. comel lah. kalau tengok orang macam nak telan orang tuh dibuatnya. huhu! dia ni juga suka sangat "eh, perempuan tu cantik kan? aku nak lah. tolong boleh?" argh. fed up aku ngan mamat ni. gatalll. haha! tapi aku tao, biasa lah lelaki. nampak perempuan cantik je suka. tapi biasanya perempuan yang dia pilih tu nampak alim. so bagi aku dia ni agama pun boleh tahan lah. hahaa! btw, ada pak cik kata muka kami sama. haha! kembar baru pulak.

ADAM. adam. teman lelaki kepada syaz. dip. perladangan juga.. hurm.. siap dia kata kalau dah cukop semua dia nak kahwin cepat dengan syaz. amin... jangan lupa jemput aku! eherm.. mamat ni pulak, macam perempuan pun ada. kadang kadang suka buat nada comel #bagi syaz#. haha! nak gelak kalau aku dengar tapi lama lama dah biasa dah. dia ni baik. dia selalu dorong syaz pakai tudung dan akhirnya hati dia terbuka nak pakai tudung. maka, ramailah kawan kawan yang mengucapkan tahniah pada dia. haha! tahniah!

SYAFIQ. syafiq. dip. perladangan juga. mamat ni lain bilik, lain kelas dengan dua orang lelaki di atas ni. so, jarang juga lah jumpa sekarang. busy kan? dengan kelas dia kadang kadang malam. haha! tak pe lah. demi belajar. malam pun boleh je. haha! aku selalu juga lah gaduh dengan dia ni. tapi bukan sampai tahap serius. just gaduh je. biasa biasa je. ta amek serius langsung pasal pergaduhan tu. ><

IZUL. izul. budak yang agak baru jugak lah aku kenal. dip. perladangan. dia ni selalu aku nampak tersenyum. sejuk je tengok dia. macam ada nur gitu. ceewahh! hahahah! bahasa dia pun lembut. selalu nasihat kawan kawan dia. untung lah siapa dapat dia ni. #kahwin jangan lupa jemput aku# then lagi, dia ni, pa eak? ntah la.. yang boleh aku simpulkan, dia memang baik. hehe! nampak aku je senyum. huuu~

haaaa,, ada lagi la yang lain. ramai lagi kawan kawan lain. tapi ta pe lah. tak perlu di ceritakan semua kot. tapi kalau perasan, kawan lelaki aku sume budak ladang. waaa! aku suka kot kawan dengan diorang. tapi kan, semester 3 dyeorang dah kene pindah melaka. so, sedihnya!! hilanglah semua kawan lelaki aku. haha! #sedih sangatt = =''#


UKHWAH BARU TERJALIN LAGI. =D


PASTFUTURE
The #star# moon owner ><
Hai! Assalamualaikum. feel free to comment anything but please, mind your words.. DILARANG MENCARUT ok? Terima Kasih kerana berkunjung ke sini. Daaaa.... =)
Change it Mood : I'm Happy =)
Status : single.. I Love Friends! HAHAH! ..


TALKIE TALKING

" Just Me and You "


FOLLOWERS


BLOG ARCHIVE;

  • LEMBARAN BARU
  • MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UITM KUALA PILAH SESI J...
  • HUBUNGAN BARU
  • BERJAUHAN
  • MENGIRA HARI
  • CONTACT CONTACT
  • KISAH HATI
  • HARI KU DI HOSPITAL
  • KHAS UNTUK KAU MAS
  • KUCING OH KUCING