| Gula - Gula Kapas |
MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UITM KUALA PILAH SESI JUN 2012
Saturday, June 9, 2012 • 8:35 PM • 0 comments



tau tak mds tu apa? mds tu orientasi cuma dekat uitm panggillah MDS. ye lah, dah besar kan.. dah masuk U. dah tak panggil orientasi ke, suai kenal ke. hahah! semestinya kalau masuk mds je orang pikey kene rangging, tak best. memang pun! tak caya? try lah masuk, rasa sendiri. tapi kalau nak masuk kene beajar rajin rajin, markah koko kene tinggi. haha!

orang yang cakap tak best tu bagi aku orang yang tak menghayati apa yang kakak dan abang abang PM atau pembantu mahasiswa tu lakukan. MDS ni lah minggu korang kenal uitm korang. so masa dengar taklimat jangan tidur. memang mengantuk tapi kalau korang terlepas habislah.. melepas korang nanty. blur je. 

masa aku, tidur lambat dalam pukol 12 lebih atau pukol 1. depend r korang naik bilik jam berapa. lepas tuh nak basuh baju lagi dah berapa lama. so, terpaksa lah  tidur lambat. lepas tuh nak kene bangun jam 4 pagi. cuba kira berapa lama tidur.. mana tak ngantuk lagi lagi masa dengar taklimat. pergh, setan dah gayut je kat mata sambil cakap "tidurlahh, tidurlahh.." haha! pastu korang bebel "ish kakak pm ni, ngantuk lah.. nak tidur sekejap je kacau. amek gambar lah. ish" haha! kesian kakak dengan abang PM tuh. dyeorang tu lagi ta cukop tidur. kadang kadang tak sempat mandi sebab korang punya pasal. so, janganlah kutuk kutuk dyeorang. kesian tau. korang akan tau betapa penat nya jadi pm. kalau aku, subuh pun rasa nak tidur. lagi lagi kalau imam bace surah panjang panjang. memang nak jatuh rasanya. haha!

lepas tu kita akan bengang bila pm ni jerit jerit, marah marah. memang bengang seyh. siapa suka kene marah.siap jerit jerit lagi bila marah. tapi bila aku piker la, siapa tak marah kalau dah penat, dengan tak cukup tidur. kesian kan dyeorang? lepastu PPB aka pelajar pelajar baru, buat hal, lambat. bual. hurm, tapi pm pm kenelah faham.. kita semua memang tak cukop tidur, penat, so, jangan lah marah marah, jangan garang sangat. cakap baik baik kan kitaorang boleh dengar. insyaallah. hehe!

then, semua hal nak rush.. ini memang siksa. dari bangun tidur nak kene bangun cepat cepat. turun bawah duduk ikut bilik. lepas tu, pergi pusat islam #PI# solat subuh, dengar tazkirah sementara menunggu makanan siap, lepas tu beratur nak makan, then baru nak suap nasi PM dah menjerit "cepat makan","makan jangan melayan perasaan","makan jangan berbual","makan cepat! kawan kawan adik dah tunggu dah".. waaaa~ tu baru satu suap.. suapan seterusnya? bayang lah, betapa pantas dan tuntasnya nak kene makan. tak hadam tau makanan nya! lepas dah siap makan dengan cepatnya macam orang lari pecut 100 meter, beratur nak pergi bilik seminar. tau tak kat mana? jauh nun di sana. kami terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 500 meter kot. tak ingat lah berapa. dah macam kene merentas desa aku.. nanti korang akan dengar PM memberi arahan, "jalan cepat! jalan macam orang kenyang". kalau belum makan, nak pergi anjung PM beri arahan "jalan cepat, jalan macam orang lapar!". persoalan aku sekarang, kalau gitu, apa beza jalan orang lapar dengan kenyang? tak ke same je?? haha! so, jalan lah cepat cepat supaya PM tak hilang suara  menjert jerit bagi arahan yang sama. #baik#. weee~ dan tatkala sampai di bangunan, kami naik tangga beramai ramai, nak naik lif? eh! perasan kau nak naik lif. kaki cacat ke tak boleh daki tangga? tingkat 3 kalau tak silap. memang penat. dan tibalah detik indah apabila sampai di bilik seminar. dengan penghawa dingin yang sejuk tak sangat lah, tapi dapat duduk. 

dalam bilik ni satu lagi masalah, PM jerit "penuhkan kerusi hadapan!". haha! so, mesti lah korang nak duduk dengan kawan, kalau kerusi depan tak cukop untuk duduk dengan kawan macam mana? mesti korang tak nak duduk kan? aku selalu kene.huuu~ tapi aku tak kesah. aku rela meninggalkan kawan ku sebabnya kesian melihat PM marah marah. #malas nak dengar sebenarnya#. hehe! tapi seronok gak sebab mula mula aku kan ta rapat sesangat dengan sesiapa. so bila aku main duduk je mana mana sorang sorang, aku akan jumpa kawan baru. haaa, teknik nak dapat kawan #konon#. so sekarang berhasil lah juga, ada kawan yang aku ingat nama, ada yang tak, ramai kot, maaf kepada yang tidak ingat. hee~ lepas tu buat apa? haa, dengar lah taklimat yang panjang panjang tuh, yang mengantuk kan. yang menyiksa kan.kalau korang berani tidurlah. jangan terkejut kalau tetba muncul gambar kau tengah tidur. haaa! segan tak? #aku tak kene# so, nak elak ngantuk bawak lah gula gula banyak banyak. memang tak bagus tapi tu lah caranya supaya korang tak tidur.bawak gula gula kopi tu. kan sedap. tapi tolong jangan tidur. kesian orang yang berusap tuh. PM pun mesti malu nanti. so, marilah bersama sama berusaha agar tidak tidur. 

malam pulak sebelum tidur ada road call. duduklah korang sambil makan roti yang diaorang bagi as supper. sementara PM cakap kat depan korang boleh makan. jangan bazir ya! then nak tanya, tanya je katPM. senang. lepas tu naik bilik dan buat lah kerje rumah korang yang melambak sebab korang kan rajin. lebih rajin dari kat rumah kan? dan kalau boeh tidurlah sebelum jam 1. tak lah ngantuk sangat esok kalau tak korang yang tersiksa zahir batin. ><. baju kurung kalau nak senang gosok dari rumah. so dapat jimat masa. 

perhatin! -> pagi!
adek PPB sihat? -> alhamdullilah sihat. tapi ingat, ianya tak semudah itu.
adek PPB sihat? (perubatan) -> 1 sihat, 1 cepat, 1 anugerah. sickbay~
tepuk tepuk terima kasih! -> terima kasih, thank you, xie xie, #india#, #sabah#, #sarawak#, syukran...

ni lah antara ayat ayat kitaorang guna. yang terima kasih tu translate sendirilah, aku ta ingat. ngee~ 

hurm, tengok, busy ta? rush ta? dari pagi sampai ke malam memang penuh, padat jadualnya. memang tersiksa. nak jalan kaki tuh dah r jauh. naik turun bukit. dinasihatkan bawak kasut sukan sebab tu je lah kasut yang dapat selamatkan kaki korang dari melecet. pakai stokin sekali yer, tapi bukan baby sock. sepanang mds korang rasa geram, marah, ngantuk, penat, stress, semua tu mesti ada. tapi ingat! bukan korang je rasa. PM pun rasa juga bende yang sama. so, kita perlulah saling memahami. jangan piker diri sendiri je. 

tapi, masa MDS ni nak tamat, korang akan rasa sedih. serius. korang mungkin rasa "bila la nak habis mds,", "cepatlah habis".. dan yang sewaktu dengannya. tapi bila dah habus korang akan sedar betapa seronoknya sebenarnya MDS. korang dapat kenal kakak PM yang canek cantek, abang PM yang hensem hensem. haha! mana tau korang boleh pinjam nota dari mereka. kan senang tuh. masa mds korang tak tau apa apa, tanya PM. sakit jumpa PM. leaps habis semua nak kene sendiri, tak tau kene pergi jumpa bahagian hal ehwal pelajar kalau tak silap, sakit kene pergi klinik sendiri. ayoyo.. berdikari tawu! so, hargailah minggu MDS. bukan mudah nak handle MDS. semasa MDS lah banyak gila maklimat penting. so, kalau dah terlelap sekejap tuh jangan harap nak faham apa yang dibagitau kat depan. yelah, semua nak rush kan? tapi kalau tak faham apa apa, tanya. PM tu mungkin nampak garang tapi sebenranya dyeorang semua ok. peramah. betul.. tak caya ta pe lah. kehendak masing masing.

TERINGIN NAK JADI PEMBANTU MAHASISWA  ATAU PM. ><


 


PASTFUTURE
The #star# moon owner ><
Hai! Assalamualaikum. feel free to comment anything but please, mind your words.. DILARANG MENCARUT ok? Terima Kasih kerana berkunjung ke sini. Daaaa.... =)
Change it Mood : I'm Happy =)
Status : single.. I Love Friends! HAHAH! ..


TALKIE TALKING

" Just Me and You "


FOLLOWERS


BLOG ARCHIVE;

  • HUBUNGAN BARU
  • BERJAUHAN
  • MENGIRA HARI
  • CONTACT CONTACT
  • KISAH HATI
  • HARI KU DI HOSPITAL
  • KHAS UNTUK KAU MAS
  • KUCING OH KUCING
  • JANGAN PELIK KALAU.. SEBAB
  • AKU PERCAYA PADA KAU