| Gula - Gula Kapas |
explorace- RIOL
Friday, March 8, 2013 • 8:56 AM • 0 comments
24 februari 2013. aku, syaz, yus, adam, and zatil, kitaorang join explorace! yeay! 1st time aku masuk explorace. kau tau berapa jauh? 8 KILOMETER . ok? kilometer. bukan centimeter or milimeter. kau bayang lah, time sekolah dulu merentas desa yang 5km tu pun dah tercungap nikan lagi 8km. ohh... 
apa-ii pun, yang sedihnya, syaz tak dapat join kami sebab kaki dia sakit. so hanya 4 orang je lah nampaknya. ok. mula-ii excited. lari kemain. lama-ii jalan je lah.. kawan-ii aku terpaksa menarik, menolak, menipu pun ade. "su, siket je lagi, sikettt je lagi.." hahah! banyak kau punya siket! jauh kau tau.. ahah! 
1st thing to do, cari klu bawah kerusi dengan mata tertutup. just 2 orang sahaja dengan tangan tak boleh lepas. yang selebihnya duduk luar bagi arahan. so, aku dengan zatil dengan rela hati tutup mata cari. susah lah jugak. dah la bising. cari bawah kerusi ni tak de, tu takde, at last, zatil jumpa. muahaha! then keluar la uitm, pergi jeram. kat sini kami group last sebab kitaorang berjalan sebab syaz kaki sakit. then, kitaorang mintak syaz keluar rehat biar 4 orang sahaja. nasib diorang bagi. then, masuklah jeram kan.. untunglah, checkpoint kitorang cantik.. dari yang last checkpoint ke depan. so tak yah ulang-alik. ade je group yang kenepatah balik sebab checkpoint diorang camtuh kan.. hehe! 
1st checkpoint, KELAPA TUA. kat sini dua orang kene cari kelapa yang bertanda seperti yang diberi di tepi jalan. mak aih susah ok. 15 minit je. kalau tak penalti. mula-ii adam dengan yus masuk. cari tak jumpa-ii. then yus ganti zatil, tak jumpa lagi, then zatil ganti lagi dengan yus baru jumpa. dalam parit. ade orang campak kelapa tu tempat lain. ish! dengki tau!   
2nd checkpoint. BITES. kene makan epal. sorang pegang epal yang di ikat dekat ranting, dua lagi makan. adam pegang, zatil dengan yus makan. hehe! nampak tak? aku macam tak buat pape.hehe! yang ni ok lagilaaah.. selamat.. habis comot budak dua orang tuh makan. haha!
3rd checkpoint, tak ingat nama. tapi kat sini sorang kene teka makanan apa, yang lain merasa then bagitau hint apa makanan tuh. adam teka. zatil rasa 2 makanan memandangkan kami tak cukup orang. zatil rasa halia dengan tak ingat lah. aku, peria. pahit ok! yus, tomato. haha! bila akak tu pandang tempat lain aku cepat2 bagitau adam bende alah apa. hheheh! sejujurnya aku pun tak faham sangat apa yang zatil makan, TAPI, sebelum xplorace, zatil dah tengok jawapan.. hehe! and aku ingat-ii semula apa yang zatil bagitau sebelum xplorace tuh. ;)
4th, SEVEN STONE kowt.. masuk dalam parit yang besar tuh, kutip 70 ke 90 cmtuh la ketul batu and buat bangunan.  haaaa.. aku, zatil kutip batu dalam parit, yus tunggu atas bagi batu pada adam and adam susun. adam siap bagi handsocks dia lagi, so kitorang masukkn je la batu dalam tuh. jimat masa. tak kene penalti. btw, air nya jernih and sejuk.. best giler..
5th, cari 3 botol bertanda dengan warna yang berbeza kat tepi-ii jalan, atas pokok. huish. letihh.. aku jumpa satu atas pokok, adam dengan  zatil masing-ii satu dekat tanah. lepas tuh, jalan lah balik masuk uitm.

penat giler weyh. aku dah tak larat nak berlari ke, jogging ke. aku hanya mampu berjalan di tepi-ii jalan sambil membuat memasang keinginan untuk menahan kenderaan yang lalu. hah! ade lori tuh, kawan aku pergi buat-ii tahan, lori tu boleh buat gaya nak stop. dia pun perlahankan lah lori tuh, tapi x stop lagi, then tetibe dia lambai and pecut.. urghh! kuaja.. haha! sabarjelaaa..

masuk uitm pergi ke polis bantuan punya pondok tuh, mintak clue. then, checkpoint 6th, pergi ke belakang tuh main bowling guna kelapa. ok. jauh ok. hujung uitm kau tahu?? gilerr kan..

7th, pergi kelas, tingkat 5 kalau x salah, cari puzzle and cantumkan dalam masa yang diberi. kau tahu tak jarak kelas dari tempat tadi tuh jauh. dari hujung uitm ke hujung uitm. daebak kan.. =='' . 

8th, pergi ke jalan mati. ok, yang ni betul-ii hujung uitm. kitorang kene pusing balik tempat tadi tapi kedepan siket sebab ni betul-ii jalan mati. kitorang kene buat kotak menggunakan kotak-ii yang telah dibukak. haha! buat aje lahh.. dah siap, pergi ke kolej semula. kau nampak tak? berapa kali aku kene ulang alik.. kalau dekat macam dari kantin sekolah dulu nak pergi koperasi tak apa, ni jauh macam dari sekolah nak pergi "di sini" haha! ok, dekat siket dr di sini.

9th, dekat kawasan kolej tuh, tugas kali ni, isi air dalam 3 botol tadi guna satu sponge dalam masa yang di tetapkan. kat sini terjumpa pulak munirah, fatin, azfar, elyas and soul yang satu group. yeah! kitaorang boleh memekak sambil isi air tuh. haha! dengan menggunakan kreativiti yang ada, kami koyakkan sponge tuh kepada tiga. muahah! memula tak bagi, then lama-ii bagi. group fatin sibuk nak ikut. haha! tapi apa-ii pun, botol kami penuh dulu~ ^^_

10th, pergi unggul aka laman pelajar, i mean, tempat student photostate or what so ever lah kan. kat sini kene jawab soalan pasal kelab pengguna lah kan. ok, nasib baik broucher-ii yang diaorang bagi awal-ii tadi aku x buang. haha! selamat dalam beg sebab jawapan dalam tuh. so, keluarkan lah kan, tapi, kertas tu basah siket. ehehe!

11th, pergi uk aka unit kesihatan, kat sini, kitaorang kene tanggalkan stokin guna kaki sebelah, while yang sebelah lagi kene seimbangkan besen yang berisi air. dapat bayangkan? tak? takpe. tak penting. yang penting kitorang dapat lepas dalam masa yang diberi. haha!

12th, bapak banyak checkpoint dia kan?? -_-. next, kat sini, jwab cross word. muahaha! susah kau nak cari. aku dengan zatil tanda jawapan, yus dengan adam mencari jawapan sambil dibantu orang-ii kuat di situ. haha! kat sini, buat pertama kali kami FAIL dan dikenakan PENALTI. arghh.. checkpoint last kowt.. terpaksa tunggu lima minit padahal last checkpoint depan mata. kali ni macam dari koperasi nak pergi makmal komputer. lepas habis penalti, apa lagi, kitorang pecut macam leture teater tuh nak lari dari kami. haha! 

dan akhirnya, kami dapat tempat ke enam kot. ok tak? mula-ii last, akhir sekali 6. boleyla.. dari 13 group ok.. :D then kami duduk la dalam LT tuh. dengan perasmian penutup bagai sampai pukol 3. dan disebabkan explorace 8km tuh, kaki aku sakit hampir seminggu, pergi kelas macam oku. naik tangga tersiksa woo.. -_- 

kepada adam, zatil dan yusleena, i'm sorry kalau sebab aku kita lambat. aku penat lah. sangat-ii tak larat. dan buat pengetahuan semua, aku hampir putus asa. 1st time kowt aku rasa macam tuh. tapi yus asyik bagi semangat yang pelik-ii, aku pun ikut jela memandangkan aku yang beria-ria ajak diorang, takkan aku nak mengalah kan? 

APA PUN HAPPY SEBAB DAPAT PENGALAMAN BARU =)


PASTFUTURE
The #star# moon owner ><
Hai! Assalamualaikum. feel free to comment anything but please, mind your words.. DILARANG MENCARUT ok? Terima Kasih kerana berkunjung ke sini. Daaaa.... =)
Change it Mood : I'm Happy =)
Status : single.. I Love Friends! HAHAH! ..


TALKIE TALKING

" Just Me and You "


FOLLOWERS


BLOG ARCHIVE;

  • The dayyss
  • cerita si Dia
  • Jodoh
  • Tunang.. :)
  • cuti-ii 5 hari.. -,-
  • segala-galanya di sini
  • suka suki di hari ini..
  • Ready! Set! Go!
  • MENGHITUNG DETIK DEMI DETIK
  • Result Final